Assalamualaikum...Aii..Selamat Datang~~

Isnin, 26 November 2012

Resepi Terkini

 

RESEPI : Salmon Bakar Dengan Yogurt dan Pankek Bakar

 

Resipi Ikan Salmon Bakar Dengan Yogurt

  • 2-3 keping filet salmon (dalam 500 gram)
  • 200 gm natural yogurt
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih
  • serbuk cili (kite guna chili mix for fish and seafood)
  1. Panaskan oven pada suhu 200 degree C.
  2. Susun ikan dalam dulang pembakar.
  3. Tabur garam, lada hitam, lada putih dan serbuk cili.
  4. Sapukan yogurt hingga rata.
  5. Tabur sedikit lagi serbuk cili.
  6. Bakar pada 200 C selama 30-40 minit.


Pankek Bakar
Resipi Baked Pancake/Pankek Bakar
  • 500 ml susu
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan butter cair
  • 2 sb gula
  • secubit garam
  • 1/2 sk perasa vanilla
  • sedikit gula untuk topping sebelum bakar
  1. Panaskan oven kepada suhu 225 C.
  2. Campurkan semua bahan kecuali gula untuk topping di dalam mangkuk besar. Kacau sehingga sebati (boleh guna pemukul telur biasa atau electric whisker). Pastikan tepung tidak berketul.
  3. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar bersaiz lebih kurang 33 cm x 30 cm yang dilapik dengan baking paper. Pastikan adunan tidak terlalu tebal.
  4. Taburkan sedikit gula di atas adunan sebagai topping. Jika suka, boleh juga taburkan buah-buahan seperti frozen berries sebagai tambahan.
  5. Bakar selama 20-30 minit.
  6. Siap! boleh dimakan dengan jem atau madu.